Friday, August 27, 2010

pencen

Kerajaan perlu melaksanakan tuntutan yang telah dibuat olih pihak CEUPACS bagi kali kedua kepada pihak kerajaan mengenai pencen minima sebanyak 500 ringgit sebulan bagi pekerja-pekerja yang telah diswastakan kerana kebanyakan pesara-pesara tersebut hanya mendapat pencen kurang daripada paras tersebut serta dibawah garis kemiskinan pendapatan hidup.

Menurut Sdr Ahmad Pauzi bin Mansor iaitu seorang bekas pekerja Jabatan Telekom yang mula bekerja pada awal tahun 1982 menyatakan bahawa kebanyakan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengswastaan adalah terdiri daripada kakitangan yang mula bekerja pada tahun 1979 iaitu bermulanya perlaksanaan operasi isi penuh.Katanya lagi ini bermakna pekerja-pekerja
tersebut cuma bekerja selama 8 tahun sahaja dengan kerajaan setelah ianya mula diswastakan
pada tahun 1987 begitu juga dengan pekerja Lembaga Letrik Negara,Jabatan Perkhidmatan Pos
dan Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA).

Ahmad Pauzi yang juga sebagai Ketua Penerangan UMNO cawangan Taman Bakti
menegaskan bahawa kadar minima pencen ini adalah relevan memandangkan kadar hidup
sekarang semakin tinggi dan kebanyakan pesara-pesara tersebut masih mempunyai
anak-anak yang masih bersekolah atau pun ada yang masih melanjutkan pelajaran
diperingkat unibersiti.'Kami benar-benar berharap supaya pihak kerajaan memandang
serius tentang perlaksanaan pencen minima supaya dengan ini sedikit sebanyak dapat
menampung hidup kami dihari tua.Insyaallah.'

Beliau juga berharap agar pihak kerajaan memberi bonus kepada kakitangan kerajaan bagi tahun ini serta bagi pesara-pesara diberi bonus mengikut pencen yang dibayar dan RM 700.00 bagi yang kurang daripada pencen yang diterima sebanyak RM 700.00.

No comments:

Post a Comment