Friday, August 27, 2010

Cetusan

Dengan Mana Allah Yang Maha Mengasehi Lagi Penyayang.

Pada hemat saya kemelut politik negeri Perak sudah pun berakhir dengan keputusan yang telah dibuat dengan sebulat suara olih makmamah persekutuan bahawa BN berhak memerintah negeri Perak.Ini bermakna bahawa secara sahnya BN memerintah negeri Perak.Apabila kita mengatakan bahawa BN secara sahnya memerintah negeri Perak maka tidak ada alasan lain yang bolih diterjemahkan untuk menyatakan bahawa BN merampas negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat.
Saya merasa terpanggil apabila saudara Dr Abdul Aziz Bari yang menulis di-dalam ruangan cetusan halaman N 14 didalam akhbar Sinar Harian yang bertarikh 16 Ogos 2010 yang menyatakan bahawa satu rampasan kuasa di Perak.Sebagai seorang cenkiawan didalam hal ehwal undang-undang beliau tidak seharusnya menulis sedemikian rupa dengan nada sinis terhadap kerajaan BN yang ada sekarang di-negeri Perak.
Bukannya saya hendak melibatkan Paduka Sultan Perak di-dalam hal ini tetapi keputusan yang telah dibuat olih Paduka Sultan adalah satu keputusan yang sepatutnya dan Paduka Sultan berhak untuk tidak memperkenankan bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.Dengan jalan lain bahawa setelah tiga ADUN keluar dari Pakatan Rakyat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong BN maka secara tidak langsung pemerintahan akan bertukar tangan kerana pembubaran dewan undangan negeri tidak diperkenan olih Paduka Sultan Perak.
Tambahan pula setelah pihak bekas menteri Besar Perak dari Pas membawa kes ini kemahkamah dan mahkamah telah memutuskan maka tidak ada alasan lain untuk mempertikaikan pemerintahan BN di-negeri Perak.Saya berharap dapat kiranya saudara Dr Abdul Aziz Bari terima dengan keputusan ini dengan rasa yang tidak berbelah bagi dan tidak merungut tentang keputusan yang telah dibuat olih mahmamah persekutuan kerana walau apa pun yang terjadi, ini adalah takdir yang telah ditetapkan olih Allah S.W.T dan ada hikmahnya disebalik keputusan tersebut.
Kita tidak mahu lagi ada di-kalangan kita mengatakan bahawa Menteri Besar yang ada sekarang sebagai Menteri Besar Mahkamah dan bekas Menteri Besar yang terdahulu sebagai Menteri Besar rakyat dan begitu juga bagi jawatan Speaker.Sepatutnya kita kena redha dan sabar dalam hal ini kerana ini adalah satu keputusan yang dibuat olih mahmakah persekutuan jadi kita kena akur dan menerima sebagai satu keputusan yang sah.
Didalam hal yang berkenaan dengan pembubaran Dewan Rakyat dan DUN pada pendapat saya memang tidak semesti ianya berjalan selari .Ini memang saya akui tetapi ini adalah bergantung kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri umtuk pembubaran kedua-dua dewan tersebut.Pada hemat saya adalah lebih baik ianya dibuat secara selari supaya ianya tidak akan menyusahkan rakyat untuk balik mengundi kerana tidak semua pengundi yang tinggal di Kuala Lumpur mengundi di Kuala Lumpur tetapi ianya melibatkan kos yang banyak kerana kita tidak mahu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.Memang saya akui pandangan setiap orang berbeza dari segenap sudut tetapi sekiranya kita kumpulkan semua pandangan dan kita buat penilaian maka saya rasa tidaklah salah untuk kita membuat pilihanraya serentak.

No comments:

Post a Comment