Thursday, September 2, 2010

Dengan Mana Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasehani.

PENGENALAN

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan ugama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak kearah mencapai satu matalamat di-mana memperkukuhkan lagi perpaduan yang sedia ada untuk mewujudkan suasana negara yang lebih aman dan maju.

Konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan olih YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,Perdama Menteri Malaysia adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan aspirasi rakyat dan konsep ini berselari dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

‘1 Malaysia’ membawa hasrat untuk memperbaiki hubungan kaum dimana rakyat dapat menjalin perpaduan dengan lebih erat lagi.Di-dalam hal ini setiap rakyat perlu ada perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.’1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi iaitu mempunyai sifat sifat jujur,berkebolehan,telus,amanah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

‘1 Malaysia’ memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam membuat perancangan,mengatur strategi,menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam demi kepentingan dan kemajuan negara.

Negara ini adalah negara untuk semua rakyat dan mereka perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati bersama.Ini bermakna rakyat perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

‘1 Malaysia’ adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dikalangan rakyat.





DEFINISI.

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.One People.Dan kita mengambil tindakan –tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”

Ini bukan beerti kita mengenepikan dasar afirmatif,dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

“Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”

Berdasarkan penjelasan di-atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut:

(a) Konsep ‘1 Malaysia’ menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.One People”Menuntut kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda daripada kalangan pelbagai kaum dan ugama harus melakukan sesuatu iaitu bangun berdiri.Ini bermakna setiap rakyat mesti berdiri iaitu apabila kita berdiri kita dapat melihat dari pelbagai sudut dan ini bermakna kita dapat melihat dengan lebih jauh lagi berbanding dengan kita duduk.Berfikir dan bertindak iaitu rakyat perlu berfikir apa yang kita lihat melewati pandangan mata kita dan bertindak di-dalam satu matalamat yang sama iaitu melepasi tembok kepentingan etnik masing-masing.

Sementara ayat “Dan kita mengambil tindakan –tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.Ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan kepentingan semua kaum di Malaysia.

Melalui konsep ‘1 Malaysia’, YAB Perdama Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.






“Konsep 1 Malaysia” berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia yang diwar-warkan olih pihak pembangkang kerana “konsep 1 Malysia” ini lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza serta menjaga kepentingan semua kaum dan konsep ini juga menekan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia.

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.Sebaliknya konsep 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam pentadbiran yang menyarankan supaya pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dan tanggung jawab dengan lebih cekap,amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

MATALAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebagai cabaran mendatang.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’.Nilai-nilai murni diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matalamat iaitu untuk negara.Lapan nilai tersebut adalah:

Budaya kecermelangan
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ketahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecermelangan diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Ketabahan.
Setiap perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka.Perjuanan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.




Rendah hati.
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang perlu dimiliki olih semua orang.Dalam Islam,rendah hati dikatakan ‘Tawaduk’

Penerimaan.
Konsep Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa.

Kesetiaan.
Prinsip kesetiaan pelu ada pada rakyat dialam apa jua keadaan.Kesetian kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukunnegara wajib dipegang erat olih rakyat Malaysia tanpa bebelah bahagi

Meritokrasi.
Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastkan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang umtuk memacu pembangunan negara.

Pendidikan.
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan.Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan tentera.

Integriti.
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.Kepercayaan dan keyakinan diperolehi melalui nilai-nilai integriti.Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.


KESIMPULAN

Konsep ‘1 Malaysia’ akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.






Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama ‘1 Malaysia’ iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.Insya Allah.












Ucapan-ucapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
1. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
2. ‘1 Malaysia’ bukan sekadar satu slogan, sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah Negara Maju. (Kuantan, Pahang 18/4/2009)
3. ‘1 Malaysia’ menekankan prinsip saling percaya-mempercayai diantara satu sama lain yang dapat menyatupadukan seluruh rakyat.
4. Kita akan hanya mampu mencapai cita-cita untuk Malaysia apabila Kerajaan serta rakyat bersama-sama bersatu tenaga membina sebuah negara yang aman dan makmur. (Putrajaya 09/04/2009)
5. Kita tidak mahu sekadar memanterakan slogan yang muluk-muluk tetapi kosong, apa yang mustahak kerja mesti jalan. (Putrajaya 28/04/2009)
6. ‘1 Malaysia’ wujud untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional,bukan platform bagi melontar tuntutan yang bukab-bukan. (Puchong, Selangor 25/05/2009)
7. Kita perlu mempunyai perasaan yang kita rapat antara satu sama lain.Kita tersdiri daripada satu negara,satu bangsa Malaysia dan mempunyai satu impian untuk masa depan yang lebih baik dibawah konsep 1 malaysia. (Kuching, Sarawak 17/06/2009)
8. Semangat patriotisme itu penting kerana pada keseluruhannya tidak ada bumi yang lebih baik dan bertuah daripada Malaysia. (Putrajaya, 12/08/2009)
9. Pecahkan benteng-benteng prasangka, kebencian dan ketidakpedulian yang ada demi masa depan lebih baik untuk anak-anak kita. (Kuala Lumpur, 19/09/2009)
10. Wajarlah saya pertegaskan disini bahawa konsep ‘1 Malaysia’ tidak sekali-kali menyimpang daripada Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-undang negara sama ada secara tersurat atau tersirat. (PWTC, 15/10/2009)
11. Kita telah merubah Malaysia, tetapi hanya kerana kita telah mencapai kejayaan,sekali, dua kali, mungkin lebih, ia bukannya jaminan bahawakita akan berjaya semula. (Putraaya, 10/11/2009)
12. Hanya apabila kita menghormati antara satu sama lain baru kita boleh jadi rakyat Malaysia yang sebenar. (Kuala Lumpur, 15/12/2009)