Friday, June 26, 2009

Kemelut negeri Perak

Kemelut politik yang berlaku di-negeri Perak sebenarnya bolih berakhir dengan aman dan tenteram sekiranya pihak Pembangkang ia-itu Pakatan Rakyat yang memegang tampok pemerintahan negeri Perak akur dan redha dengan keputusan yang telah di-buat olih DYMM Sultan Perak dimana ia-nya merupakan satu keputusan yang adil dan saksama.Ini kerana DYMM Sultan Perak telah pun memanggil kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dan telah mendengar dengan teliti segala pandangan dan penjelasan ADUN khususnya tiga ADUN yang tidak berpuas hati terhadap parti mereka masing-masing dan telah pun mengistiharkan diri mereka keluar dari parti tersebut iaitu dua orang ADUN dari parti KeADILan dan seorang ADUN dari parti DAP dan ketiga-tiga ADUN telah pun menganggap diri mereka sebagai ADUN bebas tetapi ADUN-ADUN ini tidak meletak jawatan ADUN yang mereka sandang sekarang.Apa yang jelas ketiga-tiga mereka ini telah pun memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak Barisan Nasional.
Ini telah menyebabkan terdapat perubahan bilangan ADUN yang menyokong Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional dimana seramai 28 ADUN yang menyokong PR dan seramai 31 ADUN yangt menyokong BN.Berdasarkan apa yang didengar dan apa yang dijelaskan olih kesemua ADUN tersebut DYMM Sultan Perak telah membuat satu keputusan berdasarkan majoriti ADUN yang mana sudah hilang kepercayaan kepada parti yang memerintah maka kerajaan negeri sepatutnya bertukar tangan dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional.Saya berpendapat DYMM Sultan Perak memang mempunyai hak untuk membuat keputusan tersebut dan keputusan tersebut adalah mengikut segala peraturan dan prosedur yang betul dan berhemah.Inilah yang menyebabkan pihak Pakatan Rakyat merasa tidak puas hati dan kecewa kerana pada jangkaan mereka bahawa DYMM Sultan Perak akan memperkenankan cadangan yang telah dibuat olih bekas Menteri Besar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan pilihanraya untuk DUN negeri Perak perlu diadakan semula kerana mereka-mereka ini berpendapat biarlah rakyat yang menentukan siapa yang akan memerintah negeri Perak kelak.

Berdasarkan kenyataan dan pandangan pakar-pakar dalam perundangan yang ditulis diakhbar harian terdapat berbagai-bagai pandangan di-kemukakan dalam isu ini iaitu ada yang memberi pandangan dan kenyataan yang menyokong dan bersetuju tindakan yang telah dibuat olih DYMM Sultan Perak dengan menegaskan bahawa DYMM Sultan Perak mempunyai kuasa untuk memberi sebarang keputusan dan ada juga yang memberi pandangan bahawa sepatutnya DYMM Sultan Perak mesti membuat peristiharan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri.Walau bagaimana pun pada pendapat saya DYMM Sultan Perak mempunyai kuasa untuk memutuskan apa jua masalah yang melanda dan yang menjadi kemuskhilan dalam DUN Perak.Sebelum ini pun DYMM Sultan Perak telah menyelesaikan masalah perlantikan calun Menteri Besar dari pihak Pakatan Rakyat.DYMM Sultan Perak berhak membuat keputusan sebegitu berdasarkan undang tubuh negeri Perak itu sendiri kerana kemelut yang berlaku berkehendakkan satu keputusan yang cepat dan tepat.Saya sebagai rakyat negeri Perak merasakan keputusan yang dibuat olih DYMM Sultan Perak merupakan satu keputusan yang dinamik dan komprehensif dimana keputusan yang di-buat mengikut proses dan prosedur-prosedur yang betul dan tepat.

Saya bersetuju bahawa Speaker mempunyai kuasa untuk mencadang dan membuat keputusan tetapi keputusan yang dibuat perlulah mengikut prosedur atau pun tatacara yang sepatutnya dilakukan.Olih kerana keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut kaedah sebenarnya telah menyebabkan rakyat jelata bukan sahaja rakyat negeri Perak yang merasa marah dan geram bahkan rakyat dari negeri lain juga merasakan keputusan tersebut tidak adil ia-itu bak kata pepatah ‘Ada udang disebalik batu’.Sebaik mungkin Speaker perlu mengkaji terlebih dahulu segala prosedur-prosedur yang perlu sebelum membuat satu-satu keputusan serta merujuk dari aspek sejarah tentang segala proses keputusan yang telah di-ambil mahu pun dari negeri Perak itu sendiri atau pun dari negeri-negeri lain sebelum melakukan sesuatu keputusan.Saya sendiri pun merasa tidak puas hati tentang keputusan tersebut kerana keputusan tersebut tidak mengikut kaedah dan tatacara yang sebenar.

Saya merasa dukacita apabila saya membaca didalam akhbar yang memaparkan iaitu tajuk yang sangat sensitif iaitu kerajaan negeri Perak bawah BN tidak bermaya.Saya mempersoalkan tentang kredibiliti Ketua Pengarang tersebut adakah berita ini merupakan berita sensasi yang bertujuan untuk melariskan jualan atau pun berita benar yang mana telah dibuat kajian terperinci terlebih dahulu.Begitu juga tentang perjumpaan dibawah pokok dimana mereka-mereka ini menganggap bahawa ianya adalah satu mesyuarat DUN yang sah berdasarkan pandangan dari seorang pakar perundangan yang sangat terkenal.Saya memberi satu contoh iaitu dalam satu perlumbaan lari 1500 meter dimana terdapat seorang pelumba telah berlari sebelum wisel berbunyi dan telah menamatkan perlumbaan tersebut dan beluai mengangkat tangan dan gembira kerana beliau telah pun menang dalam perlumbaan tersebut.Sebenarnya kita mestilah berfikir sebagai seorang yang waras dan sebagai seorang yang cerdik.Pada hemat saya kita tidak bolih membuat satu keputusan berdasarkan pandangan dari seorang sahaja sebaiknya kita kumpulkan seberapa banyak pendapat tentang fes peralihan pemerintahan daripada Pakatan Rakyat ke BN dinegeri Perak.Saya sebagai rakyat negeri Perak merasakan kerajaan BN yang ada sekarang berjalan seperti biasa dan Menteri Besarnya telah pun melakukan tugasnya seperti yang diamanahkan olih DYMM Sultan Perak.Walau bagaimana pun saya berharap agar pihak Penerbit surat khabar Harakah lebih berhati-hati memaparkan berita yang benar bukannya dari satu pihak sahaja supaya pembaca tidak terkeliru tentang kebenarannya.

Didalam hal ini BN khususnya UMNO mestilah bergerak aktif untuk menerangkan cerita sebenar tentang kemelut di negeri Perak dengan mengadakan sesi ceramah disetiap cawangan dan bahagian supaya ahli-ahli UMNO itu sendiri dapat mengetahui dengan lebih jelas apa yang berlaku supaya ahli-ahli UMNO tidak terkeliru daripada pihak pembangkang .Setiap cawangan perlu mengadakan mesyuarat khas dalam usaha kerja untuk mengadakan ceramah ceramah berkelompok dengan membuat segala urusan yang perlu iaitu permit,lokasi dan penceramah.Ketua Penerangan UMNO Pusat,negeri dan bahagian perlu mengadakan ceramah penerangan supaya dapat memberi penjelasan sebenar tentang dalam hal ini.Setakat ini apa yang saya tahu pihak Pakatan Rakyat telah membuat ‘road show’ mengenai kemelut politik negeri Perak.Apa apa jua yang berlaku buat masa ini ahli-ahli UMNO cuma mengetahui melalui akhbar harian sahaja dan ini tidak mencukupi untuk ahli-ahli UMNO mendapat gambaran jelas tentang kemelut ini.

Kita harus sedar bahawa ada kala nya kita berada di-atas dan ada kalanya kita berada dibawah dimana kita ambil satu contoh iaitu roda yang mana sentiasa berputar dan putaran itu menyebabkan yang diatas kebawah dan yang dibawah ke-atas.Mungkin hari ini BN memerintah tetapi kita tidak tahu mungkin esok ke ,lusa ke pihak Pakatan Rakyat pula memerintah semula.

Saya berpesan kepada pihak Pakatan Rakyat terutamanya bagi yang mana wakil rakyat berugama Islam bagi negeri Perak agar beristighfar sentiasa kerana mungkin ini adalah takdir Allah dan merupakan satu cabaran untuk kita beringat-ingat tentang kekuasaan Allah kerana walau apa-apa pun yang terjadi adalah satu ujian dari Allah samaada kita redha atau pun sebaliknya kerana ini adalah kehendak Allah S.W.T.Buang yang keroh dan ambillah yang jernih.Ini adalah untuk kebaikan bersama.Pihak Pakatan Rakyat tidak rugi apa-apa bahkan parti itu sendiri mendapat kekuatan tersendiri kerana akur tentang keputusan yang telah dibuat.Kita tidak mahu DYMM Sultan disetiap negeri selalu bertitah terhadap apa yang berlaku kerana apa-apa jua yang DYMM Paduka Sultan titahkan setiap rakyat perlu perlu akur dan melaksanakan kerana setiap Sultan adalah payung kepada rakyat setiap negeri dan selama ini pun Sultan selalu mengingatkan rakyat supaya hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan sentiasa berusaha dan bekerja keras.

Menyentuh tentang PPSMI saya berharap pihak Kementerian Pelajaran perlu membuat kajian semula penggunaannya di-sekolah-sekolah. Memang saya akui sekarang pihak Kementerian Pelajaran mempunyai sikap keterbukaan didalam PPSMI ini kerana terdapat beberapa siri perjumpaan dan dialog dengan pertubuhan –pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam bahasa Melayu membincangkan didalam hal ini.Saya berpendapat bahawa penggunaan PPSMI ini tidak perlu kerana bukan faktor kelemahan murid-murid yang dipertikaikan didalam mata pelajaran tersebut.Kelemahan sentiasa ada dan ianya adalah satu masalah global.Pada pendapat saya bahawa kita mestilah mempunyai satu prinsip dalam penggunaan Bahasa Melayu kerana ianya adalah bahasa kebangsaan bagi negara kita.Olih kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan maka sewajarnyalah kita mengangkat tinggi martabat bahasa Melayu dimana-mana sahaja samaada dirumah,sekolah atau pun dipejabat.Ini bermakna bahawa kita tidak bolih mengabaikan bahasa Melayu diperingkat sekolah rendah dan seterusnya hinggalah di-peringkat unibersiti.Saya memberi satu contoh tentang bunga kebangssan kita ialah bunga raya tak kanlah kita nak jadikan bunga kekwa sebagai bunga kebangsaan.Tambahan pula kalau kita sendiri tidak mendaulatkan kepentingan bahasa Melayu siapa lagi yang bolih diharapkan melainkan kita juga yang memainkan peranan penting didalam hal ini. Pada pendapat saya besar kemungkinan pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pengumuman penting sedikit masa lagi dan saya berharap ianya merupakan satu keputusan yang baik yang akan memuaskan hati dikalanag rakyat.Saya berharap mungkin tahun depan Insya Allah pihak kementerian Pelajaran tidak lagi menggunakan PPSMI disekolah-sekolah.Pada hemat saya Kementerian Pelajaran amatlah peka dalam masalah PPSMI ini tetapi mungkin masalah kontrek penerbitan buku teks diantara pembekal dan Kementerian Pelajaran masih berjalan besar kemungkinan factor inilah yang menjadi penghalang tentang pemansuhan PPSMI.

Wednesday, June 24, 2009

Salam Perkenalan

Di-dunia ini kita sebagai manusia hidup hanya sementara.Iaitu sementara menunggu hari kiamat yang akan menjelang tiba.Ingatlah Allah selalu semoga kita berolih kebahagian dan keberkatan dalam hidup